Saturday, February 4, 2012

SIAPA SUKA MASAK

HAI assalamualaikum.........
lama tak keluarkan entri baru......tahun ini je yang free hehehehehe
saya nak tanya siapa dekat sini suka masak??????? ha apa yang korang selalu masak
macam saya suka masak macam-macam kalau boring suka buat kek tak kisah la kek apa asalkan kek
kalau saya duduk dekat dapur macam-macam makanan saya nak masak tapi tak mampu la hehehehe kenapa saya tak manpu sebab saya sorang je makan.....

saya nak tanya budak perempuan dekat luar sana tu reti masak tak??????? kalau tak reti masak rugi
sebenarnya masak ni tak lah susah sangat senang je.....apa yang korang nak masak tapi tak tahu apa ramuanya senang je...kita kan sekarang di zaman teknologi search je dekat google apa nama resepi yang korang nak masak tu sekejap je google carikan......

saya ada satu resipi nak kongsi dengan korang semua
apa resipi tu AYAM MASAK KICAP.....
ramuan dia senang je....


BAHAN-BAHAN

  • 3 biji bawang besar
  • 4 ulas bawang putih
  • 2 tangkai cili
  • kicap 
  • sos tiram
  • garam
  • gula 
  • bahan perasa
  • ayam
CARA-CARANYA
pertama bawang besar dengan bawang putih di kisar 

Sunday, June 26, 2011

TEMPAT YANG SELALU ORANG RAMAI LEPAK (PART 1)

KEDAI MAMAK
Apa yang best sangat lepak kat kedai mamak tu, ha mesti ada keunikan nya tersendiri apa ke bendanya.Kalau lepak kat kedai mamak macam-macam ada roti canai, pasembok, nasi beriani, semua ada la, complete semuanya. Kadang-kadang ni dekat kedai mamak perkerjanya kurang fasih berbahasa melayu, bila kita order lain, lain yang dia bagi itu lah masalahnya. Tapi dekat kedai mamak ada tv big screen itu yang best, kalau ada perlawanan bola sepak secara langsung mesti sold out la punya, mana taknya kalau tengok kat rumah tak puas sebab tengok sorang-sorang kat kedai mamak ha sorak ramai-ramai lagi syok la, lepas tu boleh lepak ramai-ramai dengan kawan. Kalau korang makan dekat kedai mamak apa yang korang selalu order macam saya saya selalu order roti tisu best besar pulak tu puas makan la


 
ROTI TISU BESAR PUNYA

Ha itu baru roti tisu banyak lagi la roti yang terdapat di kedai mamak macam roti canai, capati, roti nan, roti arab, roti telur ha dan juga roti bakar hehehehe ada ke dekat kedai mamak ala saya main-main saje la.
 
 ROTI CANAI
CAPATI
ROTI ARAB

ROTI TELUR

ROTI BAKAR

Ha apa makanan yang best ada dekat kedai mamak, cuba teka????? ha mesti la ada banyak lauk-pauk yang berasakan kari seperti kari ayam, kari ikan, kari daging, kari telur, kari sayur-sayuran, dan paling best sekali kari kambing itu sudah semestinya ada di setiap restoran mamak kalau tak ada tak complete la lauk-pauk dia orang hahahaha. Siapa kat sini suka makan kambing saya suka best tau kalau tak dapat tak boleh tidur malam hahaha.tak lupa jugak ada la sayur-sayur goreng seperti kubis goreng

KARI AYAM

KARI IKAN

KARI DAGING

KARI TELUR


KARI KAMBING

ni kalau cerita tak guna apa lagi kita pergi kedai mamak la kalau nak makan semua jenis makan ni, hu memang best. ok la nak cerita tak tahu nak cerita apa lagi wasalam dari saya nantikan ( TEMPAT YANG SELALU ORANG RAMAI LEPAK ) PART 2 : ) : ) :) : ) : )

Saturday, June 25, 2011

CERITA CINTA

salam....hai apa khabar sihat, hari ini saya nak ceritakan satu kisah cinta yang terindah aduh jiwang pulak saya ni.Siapa dekat sini pernah bercinta, saya ni tak pernah bercinta dan tak ada pengalaman pun pasal hal percintaan ni, sekadar mahu meluahkan isi hati.Hah apa benda perkara pertama anda buat pada kali pertama anda jatuh cinta, selalunya saya tengok lah orang yang pertama kali jatuh cinta ni dia selalu senyum sorang-sorang lepas tu cakap tah apa la..adakah itu pengalaman pertama anda jatuh cinta.Adakah percinta ini satu kepastian dalam kehidupan setiap manusia, percintaan memang sudah menjadi kepastian dalam kehidupan seharian kita kerana tanpa cinta kita merasa sunyi, tanpa cinta kita akan merindukan kasih sayang, cinta bukan sekadar kepada manusia saja malah cinta kita kepada alam, cinta kita kepada binatang dan juga ia paling penting cinta kita kepada tuhan yang mencipta semua yang terdapat dimuka bumi.Kisah cinta apa yang terdapat dalam makna cinta itu, saya ni memang buta sikit pasal cinta-cinta ni tak tahu makna cinta, yang saya tahu cinta saya pada family saya dengan mak dah ayah saya itu saja yang saya tahu pasal cinta, setahu saya cinta ni membawa makna yang besar pada setiap pasangan yang terdapat dimuka bumi ini, malah tanpa cinta kehidupan tidak bermakna lagi..kadang-kadang cinta pun membawa kehancuran..apa yang penting kalau kita bercinta kita ingat akan tuhan dahulu adakan kita cinta tuhan lebih daripada cinta kita pada seseorang....bukan nak mengajar tapi ingin memberi satu nasihat sahaja.....bercintalah selagi nyawa masih bernafas, bercinta biarlah berpada-pada ingat akan kesanya pada masa akan datang....cintai lah pasangang anda dengan sejujurnya sayangi dia dengan lemah lembut agar cinta yang disemai akan berkekalan sehinga keakhir hayat nanti.....ada satu ayat yang sungguh romantis ( HANYA MAUT DAPAT MEMISAHKAN CINTA KITA SELAGI NYAWA DIKANDUNG BADAN SELAGI ITULAH CINTA KITA TIDAK AKAN PUTUS ) itu saja kita jumpa lagi wasalam